Peluang Perniagaan dan Rutin Penjagaan Kulit Lelaki
12 Disember 2019 | Aktiviti Terkini11 Disember 2019, Peluang Perniagaan dan Rutin Penjagaan Kulit Lelaki – Satu kelas telah diadakan anjuran pusat internet dan belia Chalil mengenai rutin penjagaan kulit muka disamping menjana peluang perniagaan di kalangan belia Chalil berasaskan produk Mary Kay. Seramai 8 orang peserta lelaki terlibat dalam kelas pada kali ini yang diberi tunjuk ajar oleh dua orang perunding kecantikan yang terlatih dari Mary Kay.
Kelas yang berlangsung selama tiga jam ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat dalam mengenali dan menggunakan produk pencuci muka dengan betul. Turut diperkenalkan tokoh-tokoh lelaki yang telah berjaya dengan hanya menjual produk Mary Kay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: